{"id":4,"date":"2017-06-05T19:38:08","date_gmt":"2017-06-05T19:38:08","guid":{"rendered":"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/?p=4"},"modified":"2017-06-06T09:08:11","modified_gmt":"2017-06-06T09:08:11","slug":"ms008","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/ms008","title":{"rendered":"MS008 | ANALISIS NISBAH KEWANGAN"},"content":{"rendered":"<div class=\"articleLead leadContainer\">\n<p class=\"lead\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignnone size-full wp-image-56\" src=\"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/economic-1050731_1920.jpg\" alt=\"\" width=\"1920\" height=\"1280\" srcset=\"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/economic-1050731_1920.jpg 1920w, http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/economic-1050731_1920-300x200.jpg 300w, http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/economic-1050731_1920-768x512.jpg 768w, http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/economic-1050731_1920-1024x683.jpg 1024w, http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-content\/uploads\/2017\/06\/economic-1050731_1920-960x640.jpg 960w\" sizes=\"(max-width: 1920px) 100vw, 1920px\" \/><\/p>\n<p class=\"lead\">ANTARA kelemahan pelabur terhadap laporan kewang\u00adan syarikat ialah kegagalan menterjemahkan dengan rapi laporan kewangan kepada bentuk sifat kekuatan dan kelemahan sesebuah syarikat.<\/p>\n<\/div>\n<div id=\"articleBody\" class=\"articleBody\">\n<p>Antara alat yang boleh digunakan untuk berinteraksi dengan laporan kewangan ialah nisbah kewangan.<\/p>\n<p>Ia merupakan rujukan nis\u00adbah dua nilai angka diambil daripada penyata kewangan syarikat. Contohnya, nisbah nilai pulangan pelaburan. Un\u00adtuk memberikan gambaran, kita ambil contoh kes pelaburan unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang memberi pulangan pelaburan 7.5 sen untuk setiap RM1.00 yang dilaburkan.<\/p>\n<div class=\"iklan rectangular inarticle\"><\/div>\n<p>Terdapat banyak nisbah kewangan yang diguna pakai dalam industri pelaburan saham tetapi untuk topik ini, saya akan bincangkan beberapa nisbah kewangan sahaja untuk rujukan pembaca.<\/p>\n<p>Nisbah kewangan membolehkan perbandingan dilakukan:<\/p>\n<ul>\n<li>Dengan pesaing syarikat<\/li>\n<li>Dalam industri atau sektor yang sama<\/li>\n<li>Jangka masa nisbah tersebut terhadap syarikat<\/li>\n<li>Nisbah syarikat berban\u00adding purata sektor industri<\/li>\n<\/ul>\n<p>Nisbah kewangan syarikat pula boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Nisbah Keuntungan, Nisbah Pasaran dan lain-lain.<\/p>\n<p>Bagaimana nisbah kewa\u00adngan boleh diperoleh? Ia diformulasikan oleh penganalisis kewangan berdasarkan laporan kewangan seperti penyata kunci kira-kira, pe\u00adnyata aliran tunai dan penyata pendapatan.<\/p>\n<p>Para pelabur saham tidak perlu menghafal atau mengira nisbah kewangan ini kerana semua maklumat nisbah kewangan sudah pun dimasukkan secara automatik tanpa perlu menghabiskan masa untuk mengira atau menghafal formula nisbah kewangan.<\/p>\n<p>Pelabur boleh mendapatkannya secara percuma se\u00adperti di laman Bloomberg, Bursa Market Place dan lain-lain atau pelabur boleh melanggan daripada penyedia data yang berbayar bagi yang lebih intensif.<\/p>\n<p>Pelabur saham perlu memahami tujuan dan maksud nisbah kewangan tersebut. Ia perlu digunakan di tempat yang betul dengan perban\u00addingan yang tepat. Biasanya, satu nisbah kewangan syarikat tidak dapat memberi gambaran yang jelas tentang kekuatan atau kelemahan sesebuah syarikat.<\/p>\n<p>Ia perlu digandingkan de\u00adngan beberapa nisbah kewa\u00adngan yang lain dan diban\u00addingkan dengan nisbah dalam industri. Setiap nisbah ada penanda aras yang tersendiri berdasarkan tinggi atau rendah. Secara mudah, kadar hutang yang rendah lebih baik dan margin keuntungan yang tinggi lebih baik.<\/p>\n<p>Nisbah yang perlu kita fokuskan ialah nisbah kewangan dalam pasaran yang selalu digunakan oleh keba\u00adnyakan penganalisis pasaran. Antaranya ialah:<\/p>\n<p><strong>1. Nisbah pendapatan sesaham (Earning Per Share \u2013 EPS).<\/strong><\/p>\n<p>Ia diperoleh daripada jumlah pendapatan bersih syarikat dibahagikan kepada jumlah saham yang diterbitkan oleh syarikat dalam bursa saham. Contoh saham Nestle yang dipetik daripada laporan tahunan yang terkini:<\/p>\n<ul>\n<li>Jumlah pendapatan bersih: RM590,733,000<\/li>\n<li>Jumlah saham yang diterbitkan: 234,500,000 unit saham<\/li>\n<li>Jadi, nisbah pendapatan: RM590,733,000\/234,500,000 = RM2.51<\/li>\n<\/ul>\n<p>Nisbah ini menggambarkan kedudukan pendapatan dibahagikan kepada jumlah saham yang diterbitkan. Ia bukanlah membawa maksud, setiap saham akan memperoleh pendapatan ini. Nisbah pendapatan sesaham ini tidak boleh dibandingkan dengan industri atau pesaing syarikat kerana pasaran modal dan pendapatan setiap syarikat adalah berbeza. Ada syarikat yang memperoleh nisbah ini rendah tetapi ia tidak bererti ia tidak bagus.<\/p>\n<p><strong>2. Nisbah harga saham terhadap pendapatan (Price\/EPS \u2013 P\/E Ratio).<\/strong><\/p>\n<p>Ia dikira berdasarkan harga saham semasa dengan pendapatan sesaham. Formulanya dikira sebagai Harga Saham\/Nisbah Pendapatan sesaham.<\/p>\n<ul>\n<li>Harga saham Nestle RM78.50.<\/li>\n<li>Pendapatan sesaham RM2.51.<\/li>\n<li>Maka, nisbah P\/E: RM78.50\/RM2.51 = 31.16.<\/li>\n<\/ul>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Ia bermaksud syarikat mengambil masa 31 tahun untuk mendapatkan pulangan jika keuntungan kekal pegun pada RM590,733,000 atau pelabur terpaksa membeli saham ini 31 kali ganda berban\u00adding pendapatan sesaham.<\/p>\n<p>Terdapat kekurangan dan keterbatasan nisbah P\/E. Justeru, tidaklah tepat untuk menggunakan satu nisbah sahaja. Bagaimana nisbah ini diukur? Selalunya, ia digambarkan sebagai bagus jika jumlah nisbah itu rendah dan selalunya dibandingkan dengan pesaing syarikat atau purata sektor dan industri. Sektor kesihatan dan teknologi selalunya mempunyai nisbah P\/E yang tinggi berbanding sektor pengguna.<\/p>\n<\/div>\n<div>Sumber:\u00a0 <a href=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/bisnes\/korporat\/analisis-nisbah-kewangan-1.393811\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">\u00a9 Utusan Melayu (M) Bhd <\/a><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ANTARA kelemahan pelabur terhadap laporan kewang\u00adan syarikat ialah kegagalan menterjemahkan dengan rapi laporan kewangan kepada bentuk sifat kekuatan dan kelemahan sesebuah syarikat. Antara alat yang boleh digunakan untuk berinteraksi dengan laporan kewangan ialah nisbah kewangan. Ia merupakan rujukan nis\u00adbah dua nilai angka diambil daripada penyata kewangan syarikat. Contohnya, nisbah nilai pulangan pelaburan. Un\u00adtuk memberikan gambaran, kita ambil contoh kes pelaburan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[2],"tags":[3],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4"}],"collection":[{"href":"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4"}],"version-history":[{"count":5,"href":"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":57,"href":"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4\/revisions\/57"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/eravisi.com\/PAK_tg5\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}