Landskap Dan Nurseri | Tingkatan 4 dan 5| 2020

Biodata Penulis


NURZAWANI BINTI AZUWA
Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah Diploma Hortikultur Landskap di Politeknik Nilai bermula daripada tahun 2015 sehingga kini. Berpengalaman mengajar mata pelajaran Sains Tumbuhan dan mata pelajaran berkaitan dengan hortikultur selama lebih 5 tahun. Sepanjang perkhidmatan, beliau berpengalaman menjadi panel penggubal soalan peperiksaan akhir bagi mata pelajaran sains tumbuhan bagi Politeknik Malaysia selama 5 tahun.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St. Bernadette’s Convent Batu Gajah, Perak dan meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Bernadette’s Convent Batu Gajah, Perak sehingga tingkatan 3. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Teluk Intan, Perak di dalam bidang agroteknologi. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran dan memperoleh Diploma Sains Pertanian daripada Kolej RISDA, Melaka pada tahun 2010. Beliau seterusnya memperoleh Bacelor Sains Hortikultur dengan kepujian dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2014. Beliau juga aktif dalam bidang penyelidikan dan menulis kertas penyelidikan yang berkaitan dengan hortikultur landskap.

NURUL AESYAH BINTI ISMAIL CHONG
Beliau memulakan kerjaya dibidang pendidikan pada tahun 2015. Masa kini menyandang jawatan sebagai Pensyarah Diploma Hortukultur Landskap di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Berpengalaman mengajar mata pelajaran Sains Tanah, Pengecaman Tumbuhan, Pengawalan Penyakit dan Perosak, Matematik Pertanian dan Mekanisasi Pertanian. Beliau juga terlibat sebagai penel penggubal soalan peperiksaan akhir bagi mata pelajaran Sains Tanah dan Pengecaman Tumbuhan bagi Politeknik Malaysia selama 5 tahun.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kulai 2, Kulai. Beliau meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Bandar tenggara 2. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu sebelum mula menceburi bidang Hortikultur dengan mendapat Bachelor Sains Hortikultur di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2014. Beliau aktif dalam melakukan penyelidikan dan telah menghasilkan beberapa kertas penyelidikan dalam bidang hortikultur landskap.

LAr. Dr. FARA DIBA BINTI BADRUL HISHAM
Beliau memulakan kerjaya dibidang pendidikan pada tahun 2009. Masa kini menyandang jawatan sebagai Pensyarah Kanan Diploma Hortukultur Landskap di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Sebelum berkhidmat di Politeknik Nlai, beliau pernah menyandang jawatan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Akademik dan Pendidikan Berterusan di Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti selama 5 tahun. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah Sijil Landskap & Nurseri di Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka selama 6 tahun. Dalam tempoh perkhidmatan sebagai tenaga pengajar akademik, beliau pernah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2016.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (1) Tapah Perak dan Sekolah Kebangsaan Manjoi (1) Ipoh Perak. Beliau meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Tarcisian Convent Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Londang Melaka sebelum mula menceburi bidang landskap dengan mendapat Bachelor Senibina Landskap di Universiti Putra Malaysia. Beliau juga telah menyambung pelajaran di dalam bidang Master Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia. Pada 2018 beliau telah dianugerahkan Doktor Falsafah di dalam bidang landskap oleh Universiti Putra Malaysia.
Beliau juga aktif melibatkan diri dalam perbincangan dan perkembangan landskap dalam industri semasa di Malaysia. Pada tahun 2014, beliau dianugerahkan sebagai Ahli Korporat Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM). Dalam bidang penulisan pula, beliau aktif menulis kertas penyelidikan buku rujukan dan modul-modul terutamanya bagi kegunaan pelajar. .Pengalaman beliau yang luas dalam bidang landskap menyebabkan beliau sering dijemput untuk memberi ceramah terutamanya berkaitan dengan Teknologi Hijau dan Landskap.

NURUL AIMI BINTI AHMAD SUANDI
Beliau merupakan seorang pensyarah di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan yang kini menyandang jawatan sebagai Ketua Program Diploma Hortikultur Landskap. Mendapat Pendidikan awal di Sek. Keb. Mambau dan Sek. Keb. Batang Benar, Negeri Sembilan. Seterusnya beliau menyambung persekolahan peringkat menengah di Sek. Men. Keb. Dato’ Undang Abdul Manap, Johol, Sek. Men. Keb. Seri Ampangan, Seremban, dan Sekolah Men. Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau juga telah mengikuti sesi pengajian selama setahun di Kolej Matrikulasi Melaka sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda. Beliau berkelulusan Ijazah Senibina Landskap daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 2008. Beliau mula mengajar di Politeknik Nilai dalam bidang Hortikultur Landskap bermula daripada tahun 2014 dan sebelumnya merupakan seorang Penolong Pengarah di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti di Putrajaya. Sepanjang penglibatan beliau sebagai pensyarah di dalam bidang Hortikultur Landskap, beliau telah dilantik sebagai Panel Pembangun Profil Pengajar Kemahiran di bawah kelolaan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) bagi bidang ini pada tahun 2017. Beliau juga merupakan Ketua Penggubal bagi Kurikulum Diploma Hortikultur Landskap dibawah seliaan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti(JPPKK).
Lampiran Ralat:
Modul 2:
Modul 5:
Ralat Modul 5 Muka Surat 218
Ralat Modul 5 Muka Surat 220
Ralat Modul 5 Muka Surat 251 – 258
Ralat Modul 5 Muka Surat 260
Ralat Modul 5 Muka Surat 261
Ralat Modul 5 Muka Surat 263
Ralat Modul 5 Muka Surat 299 – 301
Ralat Modul 5 Muka Surat 308 – 309
Ralat Modul 5 Muka Surat 314