Geografi | Tingkatan 1 | 2017

Geo-Book_Cover-V02

Biodata Penulis

tyn_6704bbw

 

HISHAM AZMAN BIN IBRAHIM

Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni dan Geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2008 dan mempunyai pengalaman mengajar selama 13 tahun dalam mata pelajaran Geografi. Beliau pernah terlibat sebagai Panel Grafik bersama Lembaga Peperiksaan Malaysia, Penggubal Buku Sumber dengan Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi Pentaksir Kawasan PT3. Kini beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Sertik, Pahang sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan.

 

MOHAMAD KHAIRUN FITRI BIN AHMAD

Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) dalam bidang Geografi di Universiti Sains Pulau Pinang. Beliau merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2010 dan dilantik sebagai Guru Cemerlang Geografi mulai tahun 2011. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 12 tahun dan pernah terlibat dalam Jawatankuasa Peningkatan Mutu Buku Teks bagi KSSRPK. Berperanan sebagai jurulatih utama daerah dan negeri dalam mata pelajaran Geografi. Kini beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman, Pahang sebagai Ketua Panitia.