GEOGRAFI | TINGKATAN 5

Biodata Penulis
1. KAMARUZAMAN BIN YUSOFF

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang Pendidikan pada tahun 2001. Masa kini menyandang jawatan sebagai Ketua Panitia Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, Pahang. Pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Bidang Bahasa di SMK Sungai Baging, Kuantan, Pahang. Berpengalaman mengajar mata pelajaran Geografi selama 20 tahun. Sepanjang perkhidmatan, beliau berpengalaman menjadi penggubal soalan dan pemeriksa kertas Geografi SPM dan PT3 di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Beliau juga banyak terlibat dengan Seminar Kecemerlangan Geografi SPM terutama di negeri Pahang malahan di seluruh negara.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tayor, Sungai Tong, Terengganu dan meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Gaal, Pasir Puteh, Kelantan sehingga tingkatan 5. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau juga melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran dalam bidang perguruan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Gaya, Sabah pengkhususan mata pelajaran Geografi dan Bahasa Melayu.
Sepanjang penglibatan sebagai pendidik, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005 dan 2019 dan merupakan Jurulatih Utama Negeri Pahang bagi mata pelajaran Geografi.
2. MOHD NAZRON BIN ZAKARIA

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan pada tahun 2001. Masa kini menyandang jawatan sebagai Ketua Panitia Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Garuda, Kuantan, Pahang. Berpengalaman mengajar mata pelajaran Geografi selama 20 tahun. Sepanjang perkhidmatan, beliau berpengalaman menjadi penggubal soalan dan pemeriksa kertas Geografi SPM dan PT3 di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2006 dan 2016.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, Kuantan, Pahang dan meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar Kuantan, Pahang sehingga tingkatan 5. Beliau kemudian menyambung pelajaran ke peringkat STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu,Kota Bharu, Kelantan. Beliau telah melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Seterusnya, beliau menyambung pengajian dalam bidang perguruan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan dengan pengkhususan Pengajian Geografi.
3. MOHAMAD KHAIRUN FITRI BIN AHMAD

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang Pendidikan pada tahun 2003. Masa kini menyandang jawatan sebagai Guru Cemerlang Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman, Bentong, Pahang. Berpengalaman mengajar mata pelajaran Geografi selama 18 tahun. Sepanjang perkhidmatan, beliau berpengalaman menjadi penceramah dalam Bengkel dan Seminar Kecemerlangan Geografi PT3 dan SPM. Turut terlibat sebagai penulis Buku Teks Geografi KSSM Tingkatan 1 dan berperanan sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) dan Jurulatih Utama Negeri (JUN) bagi mata pelajaran geografi. Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2010.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jengka 14, Bandar Jengka, Pahang dan meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, Bandar Jengka, Pahang sehingga tingkatan 6. Beliau juga melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pengkhususan dalam bidang geografi.