Kulit Buku Teks

 

Kulit Buku Teks (Hadapan)

 

Kulit Buku Teks (Belakang)

 

BIODATA PENULIS BUKU TEKS PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5

 

Biodata

 

ABDUL RAHMAN BIN JAMIL (Editor Subjek)

Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian dari Universiti Utara Malaysia pada tahun 2008. Beliau memulakan kerjaya sebagai Eksekutif perakaunan di sebuah firma swasta pada tahun 2008-2009.  Berbekalkan pengalaman selama setahun dalam industri komersial, beliau melangkah ke dunia pendidikan dengan menamatkan Diploma Pendidikan pada tahun 2010 dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seterusnya beliau ditugaskan sebagai pendidik di SMK Pandan Mewah, Ampang Selangor sehingga kini. Berpengalaman mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan selama 7 tahun dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Panitia mata pelajaran selama setahun.

 

NUR ‘UYUN BINTI AZHAR

Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar di Muar, Johor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Pertanian Malaysia (1993). Mempunyai pengalaman sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Perakaunan dan Penolong Pegawai Penyelidikan bidang Perakaunan di Universiti Pertanian Malaysia.

Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai Eksekutif Akaun di salah sebuah syarikat percetakan di Kuala Lumpur. Seterusnya, beliau memperoleh Diploma Pendidikan dalam bidang Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1995) dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan selama sepuluh tahun. Beliau turut memperoleh Aungerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2003 dan 2006. Beliau juga telah menghasilkan Kajian Tindakan dalam tajuk Pelarasan “Hasil dan Belanja” mata pelajaran Prinsip Perakaunan pada tahun 2014.

 

NORMALA BINTI RAMLI

Masa kini menyandang jawatan sebagai Penolong Kanan Petang.  Beliau menyandang jawatan tersebut dari tahun 2015 sehingga kini di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang, Selangor.   Sebelum memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Petang, beliau  pernah menyandang jawatan Guru Kanan Bidang Teknik dan Vokasional disekolah yang sama.   Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah,  Sekolah Tinggi Perempuan Melaka,  Sekolah Tinggi Melaka, Melaka.   Beliau memulakan kerjaya dibidang pendidikan pada tahun 1993.

Sekolah pertama beliau berkhidmat ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Merlimau, Melaka sehingga tahun 2002.   Dibidang akademik, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Prinsip Perakaunan dan sekali gus sebagai Ketua Panitia Pengajian Perniagaan (STPM) kerana selain mengajar matapelajaran Prinsip Akaun, beliau juga mengajar matapelajaran Pengajian Perniagaan (STPM).   Pada tahun 2013, beliau mengikut suami dan berpindah di Selangor dan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang sehingga sekarang.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan dari tahun 1993 sehingga kini.   Beliau pernah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1996 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub .   Sebelum menceburi bidang pendidikan, beliau pernah berkhidmatan dijabatan kerajaan, iaitu di Majlis Daerah Jasin, Melaka dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Melaka selama 6 tahun.   Dalam bidang pendidikan pula, beliau bergiat aktif sebagai Jurulatih Kebangsaan bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan bagi negeri Selangor.   Dalam bidang penulisan pula, beliau aktif menulis buku rujukan dan buku latihan Perdagangan dan Perniagaan.  Kerjaya penulisan beliau bermula pada tahun 1996 sehingga kini.  Selain giat menulis buku rujukan dan latihan, beliau juga banyak mengeluarkan modul latihan untuk kegunaan pelajar-pelajarnya.

 

HANIZA BNTI ABU BAKAR

Beliau merupakan Ketua Panitia Prinsip Perakaunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sierramas, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Ibai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu. Beliau berkelulusan Ijazah Perakaunan dengan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia (2002). Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan selama 14 tahun. Beliau turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2011 dan merupakan salah seorang Jurulatih Utama Negeri Selangor bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

 

NOR ANITA BINTI MD HASHIM

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Pengurusan (Perakaunan) dari Universiti Utara Malaysia. Mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan selama 5 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Buloh Lima, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah. Kini, beliau bertugas sebagai Ketua Panitia Prinsip Perakaunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Rawang, Selangor.

 

Muat Turun Kulit Buku Teks