MS004 | Kompas Jarum

Kompas jarum pada zaman tamadun Islam

Kompas yang terawal dalam tamadun Islam direkodkan pada abad ke-13 yang digunakan oleh pelayar-pelayar yang belayar di Lautan Merah atau Teluk Parsi. Kompas yang terawal itu berupa logam berbentuk ikan yang diletakkan di dalam mangkuk berisi air. Cara kompas itu dibuat adalah seperti berikut:

  1. Kepingan logam berbentuk ikan digosokkan pada batu magnet supaya menjadi magnet.
  1. Logam berbentuk ikan diapungkan di dalam mangkuk yang berisi air dan dibiarkan bergerak sehingga berhenti dengan sendirinya. Logam itu akan berhenti dengan satu hujung menghala ke arah utara dan satu hujung lagi menghala ke arah selatan.

screenshot-2016-11-21-13

Selepas itu rekaan kompas jarum yang lebih baik telah dihasilkan. Rekaan kompas membolehkan pelayar-pelayar Islam belayar ke mana-mana bahagian lautan tanpa tersesat.

004b

Sumber: http://www.1001inventions.com/mt/archives/blog_26/2ACompass.pdf