MS039 | Pinggan daripada ubi kayu

Sebuah syarikat tempatan Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) telah berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu yang juga boleh dimakan.

Berbanding dengan pinggan polistirena, pinggan berasaskan ubi kayu lebih mesra alam kerana pinggan itu boleh lupus dalam tempoh 28 hari. Apa yang lebih menarik lagi, pinggan pakai buang ini boleh juga dimakan.

Menurut Encik Ramaness, pengurus syarikat NHI, matlamat utama syarikat menghasilkan pinggan ubi kayu bertujuan untuk memberi pilihan produk yang mesra alam kepada pengguna.

Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar. Pinggan ini mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan. Pinggan ubi kayu juga memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan terlupus secara semula jadi dan saiznya akan berkurang.

039

Info lanjut mengenai pinggan ubi kayu:

  • Ia dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu
  • Pinggan dapat bertahan selama dua tahun jika tidak digunakan
  • Ubi kayu jenis KU 55 digunakan untuk memastikan kualiti pinggan terjaga kerana ia tinggi dengan kandungan serat.

 

MS038 | The Earth’s Atmosphere

038

The earth is surrounded by a layer of gases called the atmosphere. The atmosphere is very important to life on Earth and does many things to help protect life and help life to survive.

A Big Blanket

The atmosphere protects Earth like a big blanket of insulation. It absorbs the heat from the Sun and keeps the heat inside the atmosphere helping the Earth to stay warm, called the Greenhouse Effect. It also keeps the overall temperature of the Earth fairly steady, especially between night and day. So we don’t get too cold at night and too hot during the day. There is also a portion of the atmosphere of Ozone. Ozone helps to protect the earth from the Sun’s radiation.

This big blanket also helps to form our weather patterns and climate. The weather keeps too much hot air from forming in one place and causes storms and rainfall. All of these things are important to life and the Earth’s ecology.

Air

The atmosphere is the air that plants and animals breathe to survive. The atmosphere is made up of mostly nitrogen (78%) and oxygen (21%). There are lots of other gases that are part of the atmosphere, but in much smaller amounts. These include argon, carbon dioxide, neon, helium, hydrogen, and more. Oxygen is needed by animals to breathe and carbon dioxide is used by plant in photosynthesis. 

Layers of Earth’s Atmosphere
The Earth’s atmosphere is divided up into 5 major layers:

Exosphere – The last layer and the thinnest. It goes all the way to 10,000 km above the Earth’s surface.

Thermosphere – The thermosphere is next and the air is very thin here. Temperatures can get extremely hot in the thermosphere.

Mesosphere – The mesosphere covers the next 50 miles beyond the stratosphere. This is where most meteors burn up upon entry. The coldest place on Earth is at the top of the mesosphere.

Stratosphere – The stratosphere extends for the next 32 miles after the troposphere. Unlike the troposphere the stratosphere gets its heat by the Ozone Layer absorbing radiation from the sun. As a result, it gets warmer the further away you get from the Earth. Weather balloons go as high as the stratosphere.

Troposphere – The troposphere is the layer next to the ground or surface of the Earth. It covers around 30,000-50,000 feet high. This is where we live and even where planes fly. Around 80% of the mass of the atmosphere is in the troposphere. The troposphere is heated by the surface of the Earth. 

Where does Outer Space start?

There is no clear definition between the Earth’s atmosphere and outer space. There are a few official guidelines, most are between 50 and 80 miles from the surface of the Earth.

Sumber: http://www.ducksters.com/science/atmosphere.php

 

MS036 | Apa Yang Perlu Diasingkan

Pihak kerajaan mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat mulai 1 SEPTEMBER 2015.

Pelaksanaan ini adalah berdasarkan peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuatkuasa di negeri­negeri dan wilayah­wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

AKTA 6 7 2

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi dan mengawalselia pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam bagi maksud menyenggarakan kebersihan yang sepatutnya dan bagi perkara­perkara yang bersampingan dengannya.

PENDEKATAN

Secara umumnya, proses pengasingan sisa pepejal isi rumah ini melibatkan pengasingan sisa pepejal mengikut komposisi sisa seperti sisa kitar semula, sisa baki dan sisa pukal/kebun. Sisa yang diasingkan ini akan dikutip setiap minggu mengikut jadual yang ditetapkan.

SISTEM KUTIPAN 2 + 1

Sistem kutipan 2 + 1 akan digerakkan bermula 1 SEPTEMBER 2015 di mana kutipan sampah bagi sisa baki dilakukan dua kali seminggu manakala kutipan sisa kitar semula dan sisa pukal dilakukan sekali seminggu.

TIGA  LANGKAH MUDAH

LANGKAH 1 – Asingkan Mengikut Jenis Yang Telah Ditetapkan.

LANGKAH 2 – Simpan Sementara Dalam Bekas Yang Sesuai.

LANGKAH 3 – Letakkan Di Tepi Tong Pada Hari Kutipan.

Mengapa  Kita perlu Mengasingkan Sisa Pepejal

  1. Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
  2. Mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan
  3. Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal
  4. Merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) jika tidak mengasingkan sisa

 

Sumber: http://www.kpkt.gov.my/separationatsource/

 

 

 

 

 

 

MS035 | Bandar Tanpa Sampah

Kami telah mendengar banyak cerita individu di seluruh dunia yang telah memulakan  gaya gaya hidup bandar bebas sampah, tetapi ia tidak selalunya kita menjumpai komuniti yang cuba untuk menjadi bebas sampah.

Penduduk Kamikatsu, Jepun, mengambil isu kitar semula begitu serius kerana mereka benar-benar berharap untuk menjadi bandar bebas sampah pertama di negara ini pada tahun 2020.

Kamikatsu tidak mempunyai lori sampah – jadi penduduk perlu kompos sisa buangan mereka di rumah. Mereka juga perlu mencuci dan membuang sampah mereka ke dalam 34 kategori yang berbeza, dan membawanya ke pusat kitar di mana pekerja memastikan bahawa sisa pergi ke dalam tong yang betul. Ia mengambil sedikit masa bagi penduduk membiasakan diri dengan peraturan, tetapi mereka akhirnya berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan yang drastik dan kini melihatnya sebagai perkara biasa.

Pekan Jepun ini telah menukar proses kitar semula kepada proses yang diselaraskan – terdapat tong berasingan untuk pelbagai jenis bahan buangan- akhbar, majalah, kotak, dan risalah. Walaupun botol plastik dan topi mereka dibuang ke dalam tong yang berbeza begitu juga aluminium, dan keluli tin dikumpul secara berasingan juga. Kebanyakan barangan dijual semula atau dibuat semula kepada bentukpakaian, mainan, dan aksesori. Label pada setiap tong menunjukkan proses kitar semula untuk barang tertentu, jadi penduduk tahu apa yang berlaku kepada sampah mereka.

035a

Penggunaan semula amat digalakkan di pecan Kamikatsu – mereka mempunyai kedai Kuru Kuru tempatan di mana penduduk boleh tukar barangan terpakai dengan barang – barang baru tanpa sebarang kos tambahan. Dan Kuru Kuru mempunyai kilang yang mengambil wanita sebagai pekerja untuk membuat beg, pakaian, dan anak patung yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Premis perniagaan juga digalakkan untuk mengambil bahagian dan bertanggungjawab dalam pengurusan sisa – bandar mempunyai kilang bir bebas sampah, bertempat di sebuah bangunan dibina daripada bahan kitar semula.

Dengan penduduk lebih 1,700 orang, Kamikatsu mengitar semula kira-kira 80 peratus daripada sampah dan hanya 20 peratus pergi ke tapak pelupusan, jadi anda boleh mengatakan bahawa bandar tersebut adalah sangat dekat dalam untuk mencapai matlamatnya. Mereka telah mengamalkan pengurusan sisa berhemat untuk sepanjang 13 tahun yang lalu selepas mengisytiharkan kempenbebas sampah mereka pada tahun 2003 dan memberhentikan amalan lama mereka iaitu membuang lambakan sampah ke dalam api terbuka.

“Jika anda biasa menggunakannya, ia akan menjadi perkara biasa,” kata seorang penduduk Kamikatsu dalam video yang dibuat oleh YouTube saluran Seeker Stories. “Ianya agak menyusahkan, dan pada mulanya kami telah menentang idea tersebut. Sekarang saya tidak berfikir mengenainya. Ia telah menjadi kebiasaan untukmemisahkan sampah dengan betul. ”

035b

Semua kemudahan kitar semula di Kamikatsu diuruskan oleh Zero Waste Academy yang juga kerap menjadi tuan rumah kepada lawatan kumpulansekolah tempatan dan pelawat asing, mendidik mereka mengenai manfaat gaya hidup bebas sampah. Setiap tahun, Academy menerima kira-kira 2,500 pengunjung dari seluruh dunia, semua bersemangat untuk belajar lebih lanjut mengenai gaya hidup komuniti bebas sampah dan bagaimana Kamikatsu telah berjaya melaksanakan prinsip-prinsip tersebut dalam tempoh masa yang singkat.

Sumber: http://www.odditycentral.com/news/kamikatsu-japans-aspiring-zero-waste-town.html

 

MS034 | Sungai Terbersih di Dunia

Sungai merupakan aliran air alami, biasanya nih airnya air tawar yang mengalir menuju laut, danau maupun sungai­sungai. Sungai bertujuan untuk menghidupi seluruh makhluk hidup di bumi. Maka dari itu untuk mendapat manfaat dari sungai kita perlu suatu sungai yang bersih. sungai yang bersih akan memberikan manfaat bagi kita penduduk di sekitar sungai tersebut atau penduduk jauh dari sungai.

Selain menghindari banjir, sungai yang bersih juga akan memberikan pemandangan eksotis yang dapat dinikmati oleh semua orang yang berkunjung.  Berikut ini adalah 5 Sungai Paling Bersih Di Dunia:

  1. Sungai Thames di United Kindom

034a

Sungai Thames adalah sungai paling bersih di dunia yang mengalir melalui sebuah kota besar. Pada 50 tahun yang lalu, sungai ini begitu tercemar dan boleh dikatakan mati secara biologinya. Pada tahun 1830 hingga 1860 berpuluh ribu orang meninggal akibat daripada penyakit kolera yang berpunca daripada Sungai Thames. Sampah-sampah dibuang terus ke Sungai Thames. Satu kempen kebersihan telah dijalankan bagi membersihkan air dari Thames sebelum disalur ke rumah. Kempen ini telah membantu Sungai Thames menjadi lebih bersih. Kesihatan penduduk juga bertambah baik. Pada tahun 1960 undang­undang baru dibuat bagi menghentikan pembuangan sisa-sisa kotor ke dalam Sungai Thames.

 

  1. Sungai Tara di Bosnia dan Herzegovina

034b

Sungai Tara terkenal akan kebersihan airnya. Tara adalah sungai yang terletak di Montenegro, Bosnia dan Herzegovina. Sungai ini muncul dari pertemuan dua sungai iaitu Sungai Opasnica dan Verusa di Gunung Prokletije, sebahagian dari Pegunungan Alpen Montenegro. Sungai ini panjang sejauh  144 km, yang berada 110  km di Montenegro sementara 34 km lagi adalah Bosnia dan Herzegovia, dan membentuk sempadan  antara kedua-dua negara di beberapa tempat. Sungai Tara mengalir dari selatan ke utara dan utara ke barat serta bersatu dengan Piva di Bosnia dan Herzegovina dan Montenegro lalu menjadi sempadan antara desa Šćepan Polje (Montenegro) dan Hum (Bosnia dan Herzegovina) untuk membentuk sungai Drina.

 

3.Sungai St. Croix di Amerika Syarikat

034c

Sungai St. Croix adalah anak sungai dari Sungai Mississippi. Panjang sungai ini adalah lebih kurang  264 km. Sungai ini terletak di Amerika Syarikat dalam negeri Wisconsin dan Minnesota.Dalam jarak sejauh 201 km sungai ini menjadi sempadan antara Wisconsin dan Minnesota. Sungai ini merupakan sungai di bawah perlindungan Perkhidmatan Taman Negara. Sebuah penjanaan elektrik tenaga air di St. Croix Falls membekalkan elektrik ke  kawasan metropolitan Minneapolis­St. Paulus.

 

4.Sungai Torne di utara Sweeden dan Finland

034d

Sungai Torne terletak di bahagian utara Sweeden dan Finland. Hampir separuh daripada panjang sungai ini merupakan sempadan antara kedua-dua negara. Sungai ini mengalir dari Danau Torne berdekatan dengan sempadan Norway dan mengalir terus ke arah tenggara bagi jarak sejauh 522 kilometer ke Teluk Bothnia. Sungai ini merupakan sungai terbesar di Norrbotten (Utara Sweeden) dan juga salah satu sungai terbersih di dunia.

 

  1. Sungai Li di Guang Xi, China

034e

Sungai Li berasal dari Pergunungan Mao’er di Xing’an County dan mengalir ke arah selatan melalui Guilin, Yangshuo dan Pingle. Ketika di Pingle, Sungai Li bersatu dengan dua aliran lain, dan terus menuju selatan Sungai Gui, yang jatuh ke dalam Jiang Xi, anak sungai barat iaitu Sungai Pearl, di Wuzhou. Sepanjang 437 kilometer dari Sungai Li dan sungai Gui diapit oleh perbukitan hijau yang indah.

 

 

MS033 | Inovasi Telaga Tiub

033

Kesukaran mangsa banjir untuk mendapatkan bekalan air bersih setelah banjir surut merupakan antara penyebab utama sekumpulan penyelidik Program Geologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), membangunkan teknologi khas untuk menyediakan telaga tiub (tube well).

Telaga tiub merupakan antara kemudahan sama seperti telaga biasa namun, ia hanya menggunakan paip khas untuk menyedut air bawah tanah (akuifer).

Berbanding kaedah konvensional, penggunaan gelung konkrit adalah menjadi pilihan dan telaga dikorek dengan lebih luas.

Menurut ketua penyelidik projek tersebut, Prof. Madya Dr. Azimah Hussin, perbezaan di antara kedua-dua kemudahan tersebut adalah telaga tiub lebih selamat, airnya lebih bersih dan sumber bekalan yang mampu bertahan lama.

“Penggunaan telaga tiub ini adalah bagi membantu mangsa banjir mendapatkan bekalan air bersih ketika berlakunya bencana alam tersebut.

“Hal demikian kerana, ketika banjir, kebanyakan bekalan air terputus berikutan pusat rawatan air terjejas dan tidak boleh beroperasi,” katanya ketika di temui di Bangi, Selangor baru-baru ini.

Jelas Dr. Azimah yang juga ketua Program Geologi fakulti tersebut, pihaknya memiliki kepakaran dalam kajian hidrogeologi sekali gus dapat membantu membina telaga tiub dengan lebih berkesan untuk kegunaan mangsa banjir.

“Jika sebelum ini, penduduk kampung membina telaga dengan kaedah mengorek tanah sehingga terjumpanya mata air.

“Bagaimanapun kaedah ini tidak begitu efisyen dan telaga tersebut mudah kering kerana kebanyakan akuifer yang ditemui berada pada lapisan yang cetek,” katanya.

Justeru, satu kajian khas bersama kombinasi teknologi terkini diperlukan bagi mengenalpasti kehadiran lapisan akuifer.

Terdapat dua jenis akuifer iaitu dalam lapisan aluvium atau pasir dan di dalam zon batuan luluh hawa terkekar (weathered zone-fractured zone).

Menggunakan kaedah geofizik iaitu bantuan dalam mengenal pasti kedudukan air menerusi teknologi keberintangan geoelektrik (resistivity) dan pengetuban teraruh (induced polarisation), kumpulan penyelidik tersebut dapat meramal kedudukan akuifer dengan lebih tepat.

Ujar Dr. Azimah, kemudahan tersebut digunakan untuk menjimatkan kos pembinaan telaga tiub memandangka kosnya boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Selain itu katanya, telaga tiub yang dibina di atas akuifer yang mengandungi air yang banyak mampu bertahan lama untuk memastikancukup untuk kegunaan mangsa banjir.

“Buat masa ini, kami telah diminta oleh kerajaan untuk membantu menyediakan telaga ini di kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.

“Antara kawasan yang terlibat ialah di Kuala Krai, Kelantan, serta Pekan dan Jerantut di Pahang,” ujarnya.

Bagi memastikan kedudukan telaga yang benar-benar sesuai dibina, kumpulan penyelidik tersebut telah melaksanakan misi penjelajahan dan penilaian tapak pembinaan telaga tiub di 22 buah sekolah yang terjejas akibat banjir di Kelantan pada awal Januari lepas.

Antara sekolah-sekolah di sekitar daerah Kuala Krai, Kelantan yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, Sekolah Kebangsaan Pahi dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Yuk Chai, Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru, Sekolah Kebangsaan Kemubu dan Sekolah Kebangsaan Dabong.

Daerah tersebut merupakan antara yang diberi penumpuan berikutan paling teruk dilanda banjir.

Menurut Dr. Azimah, sebelum sesuatu misi tersebut dilaksanakan, beberapa data dan tinjauan perlu dilakukan bagi mengumpul maklumat antaranya adalah keadaan bentuk muka bumi.

Hal demikian kerana, keadaan muka bumi memainkan peranan yang besar dalam menentukan kedudukan telaga tiub yang akan dibina.

“Kami melakukan pelbagai kaedah untuk mengumpul data ini seperti menerusi mendapatkan maklumat daripada orang kampung berkenaan lubang telaga sedia ada.

“Selain itu kami turut menggunakan kaedah geofizik serta mendapatkan maklumat lanjut tentang masalah hidrologi di kawasan tersebut (Kuala Krai),” katanya.

Namun, cabaran sebenar dalam misi membina telaga tiub adalah berdepan dengan kos yang begitu tinggi.

Ujarnya, bagi membina sebuah telaga tiub, kos penggerudian sahaja mampu mencecah antara RM50,000 hingga RM100,000 bergantung kepada keadaan muka bumi.

“Keadaan akan bertambah sukar jika lapisan akuifer berada jauh di dalam tanah atau di dalam lapisan batuan yang keras.

“Kerja-kerja penggerudian kadang-kala mengambil masa sehingga empat atau lima hari sebelum lapisan akuifer ditemui,” katanya.

Oleh itu, mereka perlu memastikan segala data yang diperoleh dapat menunjukkan kedudukan akuifer yang tepat agar pembaziran kos tidak berlaku apabila penggerudian dilakukan.

Bagi memastikan maklumat yang diperoleh sahih, mereka menggunakan kaedah penilaian tapak menerusi maklumat topografi, saliran serta geologi umum kawasan yang diteliti.

Bagaimanapun, geologi kawasan sekitar Kuala Krai yang bertopografi tinggi, lapisan aluvium yang tebal serta memiliki dasar berbatu menjadikan kerja-kerja menggerudi amat mencabar.

Secara umumnya, kaedah penggerudian yang biasa dilakukan untuk membina telaga tiub adalah kaedah jetting dan auger, namun apabila berdepan dengan lapisan batuan keras sebuah mesin gerudi khas diperlukan.

Terdapat banyak telaga di sekitar Kuala Krai, namun kebanyakannya tidak lagi berfungsi atau sekadar untuk kegunaan biasa bukan untuk diminum.

Malah, terdapat beberapa sekolah yang turut memiliki sistem rumah pam dan telaga yang sistematik namun akibat telah lama tidak diselenggara kemudahan tersebut tidak lagi dapat berfungsi dengan baik. Selain membina telaga tiub baharu, kumpulan penyelidik tersebut turut membantu membaik pulih telaga sekolah dan penduduk kampung sekitarnya. Kini, apa yang diperlukan oleh kumpulan penyelidik tersebut adalah dana untuk meneruskan projek pembinaan telaga tiub untuk kegunaan penduduk yang terjejas akibat bencana banjir.

 

Sumber: http://www.utusan.com.my

MS032 | Leptospirosis

Apa Agen Penyebab dan Punca Jangkitan?

Leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia), yang disebabkan oleh bakteria dari genus Leptospira. Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah  kepada air, makanan, atau tanah yang  dicemari  dengan air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan‐haiwan liar yang lain.

Apakah Gejala Penyakit ini?

Tempuh masa inkubasi (incubation  period) iaitu tempoh dari masa terdedah sehingga timbul gejala adalah di antara 2 hingga 10 hari. Penyakit ini menunjukkan pelbagai gejala klinikal. Di antara gejala jangkitan leptospirosis yang boleh ditunjukkan oleh pesakit adalah demam yang tinggi, sakit kepala, menggigil (chills), sakit otot, muntah, jaundis (penyakit kuning), radang mata, sakit perut, cirit‐birit, batuk dan ruam di kulit.

Penyakit, ini boleh dikategorikan dalam empat kategori klinikal berdasarkan tanda‐tanda tersebut seperti berikut (WHO, 2003):

  • Penyakit yang  menyerupai  Influenza (Influenza like illness) yang ringan
  • Sindrom Weil (Weil’s  syndrome)  – jaundis, kegagalan ginjal, pendarahan dan    peradangan     otot      jantung (myocarditis) dengan denyutan yang tak sekata (arrhythmias);
  • Meningitis/mengingoencephalitis (peradangan selaput otak/peradangan otak);
  • Pendarahan  pulmonari    (paru‐paru) dengan kegagalan pernafasan 

Bagaimana penyakit ini disahkan?

Pengesahan jangkitan Leptospirosis adalah melalui :

  • Pengesanan bakteria Leptospira melalui kultur daripada sampel darah, air tulang belakang (cerebrosipinal fluid) dan air kencing
  • Ujian serologi bagi mengesan antibodi spesifik seperti ujian Microscopic Agglutination Test (MAT), teknik ujian Immunofluorescent (IF) dan ELISA

Adakah penyakit ini boleh dirawat?

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotic tertentu. Bagi mereka yang menunjukkan gejala seperti di atas hendaklah bersegera ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan, khususnya bagi mereka yang mempunyai sejarah terdedah kepada air atau makanan yang tercemar. Rawatan awal dengan  antibiotik akan dapat menggelakkan komplikasi dan kematian.

Antibiotik Doxycycline juga boleh diberi sebagai profilaksis kepada mereka yang terdedah kepada jangkitan melalui pekerjaan (seperti tentera, petugas penyelamat, dan lain‐lain). Walau bagaimanapun, nasihat doktor perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum mengambil profilaksis.

Apakah langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang boleh diambil?

  • Bagi pekerja yang mempunyai risiko terdedah kepada air yang tercemar hendaklah sentiasa berkasut dan berpakaian yang sempurna, sebaiknya yang kalis air.
  • Elakkan diri dari bermain air atau bermandi manda di sungai atau kolam jika terdapat luka atau kudis di kulit. Jika masih juga terpaksa terdedah kepada  air,  tutup  luka  atau  kudis tersebut   dengan   sempurna   dengan   plaster yang kalis
  • Risiko pencemaran biasanya meningkat selepas hujan. Oleh itu, elakkan aktiviti-aktiviti rekreasi melibatkan air sewaktu hujan dan selepasnya sehingga keadaan air kembali seperti biasa. Begitu juga, elakkan diri bermain air sewaktu musim banjir.
  • Elak dari meminum air sungai yang tidak dimasak atau
  • Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan kehadiran perumah haiwan khususnya tikus dan meningkatkan risiko pencemaran dengan  bakteria    Sampah sarap dan sisa-sisa makanan yang tidak dilupuskan secara sempurna mengundang kehadiran haiwan ini.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan jika mendapat gejala penyakit dalam  tempoh  dua  minggu   dari tempoh mengunjungi tempat-tempat rekreasi (seperti kawasan air terjun, air sungai, tasik, kolam dan lain-lain

Sumber: Laman Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia