MS039 | Pinggan daripada ubi kayu

Sebuah syarikat tempatan Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) telah berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu yang juga boleh dimakan.

Berbanding dengan pinggan polistirena, pinggan berasaskan ubi kayu lebih mesra alam kerana pinggan itu boleh lupus dalam tempoh 28 hari. Apa yang lebih menarik lagi, pinggan pakai buang ini boleh juga dimakan.

Menurut Encik Ramaness, pengurus syarikat NHI, matlamat utama syarikat menghasilkan pinggan ubi kayu bertujuan untuk memberi pilihan produk yang mesra alam kepada pengguna.

Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar. Pinggan ini mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan. Pinggan ubi kayu juga memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan terlupus secara semula jadi dan saiznya akan berkurang.

039

Info lanjut mengenai pinggan ubi kayu:

  • Ia dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu
  • Pinggan dapat bertahan selama dua tahun jika tidak digunakan
  • Ubi kayu jenis KU 55 digunakan untuk memastikan kualiti pinggan terjaga kerana ia tinggi dengan kandungan serat.