MS034 | Sungai Terbersih di Dunia

Sungai merupakan aliran air alami, biasanya nih airnya air tawar yang mengalir menuju laut, danau maupun sungai­sungai. Sungai bertujuan untuk menghidupi seluruh makhluk hidup di bumi. Maka dari itu untuk mendapat manfaat dari sungai kita perlu suatu sungai yang bersih. sungai yang bersih akan memberikan manfaat bagi kita penduduk di sekitar sungai tersebut atau penduduk jauh dari sungai.

Selain menghindari banjir, sungai yang bersih juga akan memberikan pemandangan eksotis yang dapat dinikmati oleh semua orang yang berkunjung.  Berikut ini adalah 5 Sungai Paling Bersih Di Dunia:

  1. Sungai Thames di United Kindom

034a

Sungai Thames adalah sungai paling bersih di dunia yang mengalir melalui sebuah kota besar. Pada 50 tahun yang lalu, sungai ini begitu tercemar dan boleh dikatakan mati secara biologinya. Pada tahun 1830 hingga 1860 berpuluh ribu orang meninggal akibat daripada penyakit kolera yang berpunca daripada Sungai Thames. Sampah-sampah dibuang terus ke Sungai Thames. Satu kempen kebersihan telah dijalankan bagi membersihkan air dari Thames sebelum disalur ke rumah. Kempen ini telah membantu Sungai Thames menjadi lebih bersih. Kesihatan penduduk juga bertambah baik. Pada tahun 1960 undang­undang baru dibuat bagi menghentikan pembuangan sisa-sisa kotor ke dalam Sungai Thames.

 

  1. Sungai Tara di Bosnia dan Herzegovina

034b

Sungai Tara terkenal akan kebersihan airnya. Tara adalah sungai yang terletak di Montenegro, Bosnia dan Herzegovina. Sungai ini muncul dari pertemuan dua sungai iaitu Sungai Opasnica dan Verusa di Gunung Prokletije, sebahagian dari Pegunungan Alpen Montenegro. Sungai ini panjang sejauh  144 km, yang berada 110  km di Montenegro sementara 34 km lagi adalah Bosnia dan Herzegovia, dan membentuk sempadan  antara kedua-dua negara di beberapa tempat. Sungai Tara mengalir dari selatan ke utara dan utara ke barat serta bersatu dengan Piva di Bosnia dan Herzegovina dan Montenegro lalu menjadi sempadan antara desa Šćepan Polje (Montenegro) dan Hum (Bosnia dan Herzegovina) untuk membentuk sungai Drina.

 

3.Sungai St. Croix di Amerika Syarikat

034c

Sungai St. Croix adalah anak sungai dari Sungai Mississippi. Panjang sungai ini adalah lebih kurang  264 km. Sungai ini terletak di Amerika Syarikat dalam negeri Wisconsin dan Minnesota.Dalam jarak sejauh 201 km sungai ini menjadi sempadan antara Wisconsin dan Minnesota. Sungai ini merupakan sungai di bawah perlindungan Perkhidmatan Taman Negara. Sebuah penjanaan elektrik tenaga air di St. Croix Falls membekalkan elektrik ke  kawasan metropolitan Minneapolis­St. Paulus.

 

4.Sungai Torne di utara Sweeden dan Finland

034d

Sungai Torne terletak di bahagian utara Sweeden dan Finland. Hampir separuh daripada panjang sungai ini merupakan sempadan antara kedua-dua negara. Sungai ini mengalir dari Danau Torne berdekatan dengan sempadan Norway dan mengalir terus ke arah tenggara bagi jarak sejauh 522 kilometer ke Teluk Bothnia. Sungai ini merupakan sungai terbesar di Norrbotten (Utara Sweeden) dan juga salah satu sungai terbersih di dunia.

 

  1. Sungai Li di Guang Xi, China

034e

Sungai Li berasal dari Pergunungan Mao’er di Xing’an County dan mengalir ke arah selatan melalui Guilin, Yangshuo dan Pingle. Ketika di Pingle, Sungai Li bersatu dengan dua aliran lain, dan terus menuju selatan Sungai Gui, yang jatuh ke dalam Jiang Xi, anak sungai barat iaitu Sungai Pearl, di Wuzhou. Sepanjang 437 kilometer dari Sungai Li dan sungai Gui diapit oleh perbukitan hijau yang indah.