MS032 | Leptospirosis

Apa Agen Penyebab dan Punca Jangkitan?

Leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia), yang disebabkan oleh bakteria dari genus Leptospira. Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah  kepada air, makanan, atau tanah yang  dicemari  dengan air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan‐haiwan liar yang lain.

Apakah Gejala Penyakit ini?

Tempuh masa inkubasi (incubation  period) iaitu tempoh dari masa terdedah sehingga timbul gejala adalah di antara 2 hingga 10 hari. Penyakit ini menunjukkan pelbagai gejala klinikal. Di antara gejala jangkitan leptospirosis yang boleh ditunjukkan oleh pesakit adalah demam yang tinggi, sakit kepala, menggigil (chills), sakit otot, muntah, jaundis (penyakit kuning), radang mata, sakit perut, cirit‐birit, batuk dan ruam di kulit.

Penyakit, ini boleh dikategorikan dalam empat kategori klinikal berdasarkan tanda‐tanda tersebut seperti berikut (WHO, 2003):

  • Penyakit yang  menyerupai  Influenza (Influenza like illness) yang ringan
  • Sindrom Weil (Weil’s  syndrome)  – jaundis, kegagalan ginjal, pendarahan dan    peradangan     otot      jantung (myocarditis) dengan denyutan yang tak sekata (arrhythmias);
  • Meningitis/mengingoencephalitis (peradangan selaput otak/peradangan otak);
  • Pendarahan  pulmonari    (paru‐paru) dengan kegagalan pernafasan 

Bagaimana penyakit ini disahkan?

Pengesahan jangkitan Leptospirosis adalah melalui :

  • Pengesanan bakteria Leptospira melalui kultur daripada sampel darah, air tulang belakang (cerebrosipinal fluid) dan air kencing
  • Ujian serologi bagi mengesan antibodi spesifik seperti ujian Microscopic Agglutination Test (MAT), teknik ujian Immunofluorescent (IF) dan ELISA

Adakah penyakit ini boleh dirawat?

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotic tertentu. Bagi mereka yang menunjukkan gejala seperti di atas hendaklah bersegera ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan, khususnya bagi mereka yang mempunyai sejarah terdedah kepada air atau makanan yang tercemar. Rawatan awal dengan  antibiotik akan dapat menggelakkan komplikasi dan kematian.

Antibiotik Doxycycline juga boleh diberi sebagai profilaksis kepada mereka yang terdedah kepada jangkitan melalui pekerjaan (seperti tentera, petugas penyelamat, dan lain‐lain). Walau bagaimanapun, nasihat doktor perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum mengambil profilaksis.

Apakah langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang boleh diambil?

  • Bagi pekerja yang mempunyai risiko terdedah kepada air yang tercemar hendaklah sentiasa berkasut dan berpakaian yang sempurna, sebaiknya yang kalis air.
  • Elakkan diri dari bermain air atau bermandi manda di sungai atau kolam jika terdapat luka atau kudis di kulit. Jika masih juga terpaksa terdedah kepada  air,  tutup  luka  atau  kudis tersebut   dengan   sempurna   dengan   plaster yang kalis
  • Risiko pencemaran biasanya meningkat selepas hujan. Oleh itu, elakkan aktiviti-aktiviti rekreasi melibatkan air sewaktu hujan dan selepasnya sehingga keadaan air kembali seperti biasa. Begitu juga, elakkan diri bermain air sewaktu musim banjir.
  • Elak dari meminum air sungai yang tidak dimasak atau
  • Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan kehadiran perumah haiwan khususnya tikus dan meningkatkan risiko pencemaran dengan  bakteria    Sampah sarap dan sisa-sisa makanan yang tidak dilupuskan secara sempurna mengundang kehadiran haiwan ini.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan jika mendapat gejala penyakit dalam  tempoh  dua  minggu   dari tempoh mengunjungi tempat-tempat rekreasi (seperti kawasan air terjun, air sungai, tasik, kolam dan lain-lain

Sumber: Laman Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia