KAJIAN KESESUAIAN PENGOPTIMAAN SUMBER AIR TANAH DI JENDERAM HILIR, DENGKIL, SELANGOR
ON 18 APRIL 2014. POSTED IN KAJIAN & PROJEK
Pengenalan
Pusat Kajian Geohidrologi, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang melakukan kajian optimisasi sumber air tanah di bawah projek Penyelidikan Pengurusan Air Tanah Ranc angan Malaysia Ke9 (RMK9) sebagai bekalan air alternatif negara di kawasan Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor. Kajian yang dilakukan ini dapat memberi maklumat mengenai kadar simpanan air tanah, mengenalpasti pergerakan aliran air tanah serta menentukan kedudukan zonzon berpotensi kedapatan air tanah dikawasan tersebut. Hasil yang diperolehi penting untuk bekalan sumber air kedua di Negeri Selangor pada masa hadapan.
Lokasi:
Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor Objektif Projek
- Mengenalpasti kesesuaian optimisasi sumber air tanah di kawasan kajian;
- Mengenalpasti kesesuaian pembinaan lokasi telaga pengeluaran;
- Mengenalpasti potensi akuifer di kawasan kajian;dan
- Memodelkan pergerakan regim air tanah di kawasan kajian.
Output Projek:
- Membantu dalam peranc angan sumber bekalan air alternatif; dan
- Menyediakan maklumat mengenai taburan dan simpanan air tanah di kawasan kajian.
Outcome projek;
i.Mengklasifikasikan zon pembangunan air tanah ii.Mengurangkan kebergantungan kepada air permukaan
iii. Mengekalkan zon potensi air tanah
Tarikh Mula dan Jangkaan Tamat: 2009 hingga 2010
Lokasi kawasan kajian

Lokasi 25 peizometers dan 2 telaga, di Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor

Persiapan untuk penggerudian bagi pembinaan telaga tiub

Ujian pengepaman di telaga tiub DW2

Pemantauan aras air tanah

Pemantauan kualiti air tanah analisis kualiti air tanah

Persampelan air tanah bagi tujuan

Sumber: http://www.nahrim.gov.my