
ARAH
Arah digunakan untuk menentukan kaitan sesuatu benda dengan sesuatu benda yang lain. Arah kadangkala tidak jelas apabila kita berbicara tentang sesuatu benda secara umum. Namun, arah adalah lebih tepat dan jelas dalam Geografi.
Arah menghuraikan kedudukan atau lokasi. Contohnya seperti dalam ayat yang berikut:
Susie duduk di sebelah kiri Adam.
Arah kedudukan Susie adalah di sebelah kiri Adam; arah kedudukan Adam pula di sebelah kanan Susie.
Arah juga boleh digunakan untuk menunjukkan pergerakan. Misalnya, Susie boleh berjalan ke hadapan atau ke belakang dan dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan semasa berjalan ke sekolah.
Arah utama yang terpenting dalam Geografi ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat. Arah-arah ini membantu menentukan lokasi yang kita berada sekarang ini. Misalnya, San Francisco terletak di barat New York. Jika tinggal di New York, anda perlu bergerak ke arah barat untuk sampai ke San Francisco.
Anda boleh menggunakan kompas magnetik yang menggunakan medan magnet bumi untuk menentukan arah, kedudukan atau lokasi anda sedang berada atau yang hendak dituju. Jarum utama kompas akan sentiasa menunjuk ke arah utara. Jika tidak mempunyai kompas, anda boleh berpandukan matahari dan bintang-bintang sebagai penunjuk arah. Matahari terbit di timur dan terbenam di barat.
Pada waktu malam, bintang utara yang berada di Hemisfera Utara akan menunjuk ke arah utara manakala, bintang pari ialah gugusan bintang yang menjadi tanda arah ke selatan di Hemisfera Selatan.
Rujukan Dari : http://education.nationalgeographic.org