Walau di manapun mereka berada, setiap orang Islam perlu menghadap ke arah Kaabah yang terletak kota Makkah di Arab Saudi apabila menunaikan solat. Arah ini dikenali sebagai kiblat. Orang Arab telah mencipta kompas untuk memudahkan mereka menentukan arah kiblat semenjak abad ke-13.
Pada asalnya kompas kiblat dibuat dengan menggunakan sebatang magnet atau jarum yang diapungkan di atas permukaan air di dalam mangkuk. Kemudian kompas kiblat yang lebih baik dicipta dari semasa ke semasa untuk memudahkan penggunaannya. Kompas kiblat amat penting apabila seseorang dalam perjalanan. Mereka dapat menentukan arah kiblat dengan tepat untuk menunaikan solat walau di mana pun mereka berada.

Antara kompas kiblat yang terawal