MS029 | Tasik Tonle Sap

029

Terdapat lima wilayah di sekeliling Tasik Tonle Sap, lebih daripada 3 juta orang mendiami kawasan tebing tasik tersebut dan 90 peratus daripada mereka menjana kehidupan dengan menangkap ikan dan bertani. Seperti yang anda boleh lihat di peta Kemboja. Ia terbentang sepanjang bahagian utara barat negara tersebut.

Tasik tersebut merupakan badan air tawar terbesar di Asia Tenggara. Dimensi tasik berubah mengikut musim angina monsoon dan musim kering. Semasa musim hujandari June ke Oktober, tasik tersebut dipenuhi dengan mengalir dari Sungai Mekong dengan kedalam sedalam 14 meter dan meluaskan permukaan air 10 000 kilometer persegi. Di musim kering daripada November ke Mei saiznya menjadi 3000 kilometer persegi dengan kedalaman dua meter dan air mengalir keluar ke Mekong, aliran keluar masuk adalah fenomena biasa. Hutan yang dibanjiri disekeliling tepian tasik adalah tempat berteduh yang paling baik. Juga merupakan tempat penting ikan membiak. Tasik ini membekalkan kepelbagaian bio, lebih 300 jenis spesis ikan air tawar, termasuklah ular, buaya, penyu, kura-kura dan memerang. Lebih 100 jenis burung air hidup di sini, antaranya adalah bangau dan undan.

Tasik tersebut merupakan pusat komersial penting, membekalkan lebih daripada separuh ikan di Kemboja. Harmoni dengan ekosistem khusus, pekerjaan manusia di tebing tasik  sangatlah ketara – rumah-rumah terapung dan perangkap ikan serta ekonomi dan cara hidup terikat dengan tasik dan kitaran pasang surut tasik.

Tasik ini terletak 15 km daripada Pekan Siam Reap. Anda boleh sampai ke Siam Reap dari Phnom Penh dengan menggunakan perkhidmatan bot ekspress untuk menyeberangi tasik dan turun di Kampung Chong Khneas. Ia hanya mengambil masa selama 6 jam, tetapi kami sarankan anda membuat perjalanan semasa musim monsoon. Kerana di musim kering, bot mungkin tersekat di dalam lumpur kerana air yang cetek. Ada beberapa cara untuk melihat budaya dan hidupan liar di sini, bergantung kepada masa dan minat anda.

Chong Khneas adalah nama sebuah kampong terapung yang terkenal di pinggiran tasik. Ia terletak di bahagian selatan Siam Reap, kira-kira 15 km dan mengambil masa 30 minit untuk bot sampai ke tempat berlabuh. Di situ akan sentiasa terdapat bot sedia untuk mengambil penumpang. Perjalanan bot mengambil masa dua jam untuk melalui kawasan perkampungannya. Anda akan meneroka dan melihat perbezaan Khmer, Muslim dan Vietnam serta rumah-rumah terapung dan pasar terapung, gelanggang bola keranjang, klinik dan bot-bot yang dipenuhi pelancong lain.

Sebelum ini, Chong Khneas adalah tempat yang agak membosankan tetapi sekarang kawasan ini dimiliki satu firma swasta. Telah berlaku peningkatan harga dan kawasan ini sekarang kelihatan lebih komersial. Perjalanan dengan bot biasa melibatkan dua perhentian: tempat tayangan terapung burung dan ikan yang mempunyai kedai cenderamata dan kedai makanan ringan dan lagi satu tempat yang disarankan adalah Gecko Enviroment Centre, yang menawarkan maklumat berkenaan dengan ekologi dan kepelbagaian bio di kawasan tasik.